🎦 Lelaki bertopi keledar dirakam curi baju dalam wanita


🎦 Lelaki bertopi keledar dirakam curi baju dalam wanita

BACA seterusnya: https://pakdin.my/174263

KUALA LANGAT – Seorang lelaki bertopi keledar kini diburu selepas aksinya tular mencuri pakaian dalam di sebuah rumah di Banting di sini, kelmarin.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi 55 saat dengan suspek berseluar pendek memanjat tembok rumah tersebut sebelum melakukan jenayahnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi dengan laporan diterima daripada seorang wanita berusia 32 tahun.

Katanya, suspek dikatakan telah mencuri sepasang kasut dan sehelai baju dalam.

“Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil menyalurkannya kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan.

https://www.instagram.com/p/C01g99rivVq/


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL