[VIDEO] Dakwaan Beras Tempatan Dibungkus Semula Menjadi Beras Import Adalah Tidak Benar




[VIDEO] Dakwaan Beras Tempatan Dibungkus Semula Menjadi Beras Import Adalah Tidak Benar

BACA seterusnya di: pakdin.my/167343 -

Menurut kenyataan Menteri KPKM:

Pihak Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (JFC) memandang serius mengenai penularan video di media sosial dan dakwaan beras tempatan telah dibungkus semula menjadi beras import.

Pihak JFC mengesahkan video yang tular telah dirakam di dalam kilang Jasmine di Tunjang, Alor Setar, Kedah pada 2 September 2023 (Sabtu). Namun dakwaan bahawa bungkusan beras yang dibuka merupakan beras tempatan seperti yang dinyatakan di dalam video tersebut adalah TIDAK BENAR. Sebaliknya ia adalah Beras Putih Import (BPI).

Pembungkusan semula BPI merupakan satu proses normal apabila berlaku kejadian kampit pecah atau beras berhabuk sewaktu kampit beras berada di kedai dan pasaraya. Proses ini dibuat untuk memastikan kualiti beras keluaran JFC sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sewaktu dibeli oleh pelanggan kami. JFC mengamalkan polisi gantian semula kepada pemborong bagi beras-beras yang tidak menepati kualiti dan mengikut piawaiaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.


SUMBER

Facebook Rasmi Menteri KPKM

Laman Sesawang Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. (JFC)

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma