[VIDEO] 2 Orang Asli maut, motosikal bertembung kereta sekolah memandu


[VIDEO] 2 Orang Asli maut, motosikal bertembung kereta sekolah memandu

BACA seterusnya di https://pakdin.my/161428

Hulu Selangor: Dua lelaki Orang Asli maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan kereta milik sebuah sekolah memandu di Kilometer 18 Jalan Rasa-Bukit Beruntung, di sini, hari ini 1 Januari 2023.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 34 dan 35 tahun maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata, kemalangan membabitkan motosikal Yamaha 135 LC dan kereta Perodua Axia.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke Batang Kali.

"Setibanya di lokasi, motosikal mereka dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu lelaki berusia 56 tahun.

"Ekoran kemalangan itu, penunggang dan pembonceng meninggal dunia akibat parah di kepala dan kaki," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suffian berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL