[VIDEO] Polis buru suspek ragut di Bukit Sentosa


[VIDEO] Polis buru suspek ragut di Bukit Sentosa

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163983

HULU SELANGOR: Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian ragut di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya mengesan hantaran gambar dan video di laman Facebook jam 3 petang semalam.

Katanya, polis menerima laporan berhubung kes ini pada jam 10.30 pagi kelmarin.

"Hantaran itu memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal meragut rantai leher seorang wanita berusia 39 tahun ketika mahu masuk ke pasar raya.

"Suspek dipercayai warga tempatan manakala mangsa juga warga tempatan dan bekerja di sebuah kilang.

https://youtu.be/ZzUdGOMx1ug

"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohd Rahimi Hasnawi (03-60641222).


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL