[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat


[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat 

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163582

Sebuah gerai yang menjual bunga api dan mercun terbakar sekali gus menyebabkan barangan dijual musnah dalam kejadian didakwa di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Insiden tersebut tular menerusi video di media sosial memperlihatkan mercun-mercun yang dijual meletup serta mengundang kebimbangan orang awam di situ.

Menerusi video tersebut, gerai berpayung menjual bunga api dan mercun itu berdekatan dengan gerai menjual pakaian serta pasar raya.

Kelihatan orang ramai melarikan diri daripada terkena percikan mercun selain terdapat seorang individu bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Bagaimanapun, tidak diketahui punca, masa kejadian tersebut serta kerugian dialami penjual bunga api dan mercun itu memandangkan tiada maklumat lanjut berkenaan kebakaran.


Sementara itu pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian sebuah gerai yang menjual mercun serta bunga api terbakar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian terbabit pada pukul 3.43 petang tadi.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 10.50 malam di tepi Jalan Raja Bot, Chow Kit dan gerai tersebut tidak mempunyai lesen.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Siasatan sedang dijalankan di mana individu terlibat telah dikenal pasti dan akan diambil keterangan bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL