Saham, ringgit merudum


Saham, ringgit merudum

Selanjutnya di: https://pakdin.my/159364 

  • Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.41 mata kepada 1,455.42 daripada 1,464.83 
  • Jumlah dagangan sebanyak 355.69 juta unit bernilai RM239.99 juta.
  • Ringgit meneruskan penurunannya apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.4220/4245 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4185

Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran penurunan pada sesi awal Selasa ketika pelabur kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran serta impak jualan ketara semalaman di Wall Street, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.41 mata kepada 1,455.42 daripada 1,464.83 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 6.97 mata kepada 1,457.86.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 529 berbanding 63 manakala 216 kaunter lain tidak berubah, 1,455 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 355.69 juta unit bernilai RM239.99 juta.

Sementara itu, Ringgit meneruskan penurunannya apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh hari ini, susulan sentimen berhati-hati berikutan jangkaan AS menaikkan kadar faedahnya selain unjuran suku terkini oleh Rizab Persekutuan (Fed) negara itu, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.4220/4245 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4185 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks dolar AS (DXY) meningkat kepada 105.078 mata yang juga angka tertinggi sejak 2002.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL