Caj transaksi QRDuitNow dikenakan kepada transaksi melebihi RM5,000


Caj transaksi QRDuitNow dikenakan kepada transaksi melebihi RM5,000

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168392

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini mengesahkan bahawa vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

Dalam satu kenyataan, PayNet berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

Menurut PayNet, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, ia sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenalkan pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan.

"Sebagai insentif galakan penggunaan ketika tempoh pengenalan pembayaran QR pada 2019, MDR telah diketepikan. 

"Penepian ini dilanjutkan lagi berikutan penularan wabak COVID-19. Ia bukanlah suatu yuran baru mahupun caj tambahan. Sebaliknya, 1 November 2023 adalah permulaan kepada penamatan penepian MDR yang sepatutnya dilakukan lebih sembilan bulan yang lalu,"menurut kenyataan tersebut.

Berhubung kebimbangan berkaitan MDR yang akan ditanggung pengguna, PayNet menegaskan, pembelian yang dilakukan menerusi kad kredit atau debit telahpun dikenakan MDR.

"Berkaitan kebimbangan bahawa kos MDR akan dipindahkan kepada pengguna, PayNet ingin menjelaskan pembelian menggunakan kad kredit dan debit sudahpun tertakluk kepada MDR.

"Produk dan perkhidmatan yang dibeli dengan kad kredit atau debit adalah pada harga yang sama dengan pembelian tunai.

"Oleh itu, kami menjangkakan perkara yang serupa dan tidak menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan terjejas oleh pembelian menggunakan DuitNow QR selepas MDR dikenakan,"jelas PayNet.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL