Hamas dan Rejim Zionis setuju gencatan senjata empat hari di Gaza


Hamas dan Rejim Zionis setuju gencatan senjata empat hari di Gaza

BACA di: https://pakdin.my/173729

GAZA: Hamas pada Rabu memaklumkan pihaknya mencapai kesepakatan dengan Zionis Israel untuk gencatan senjata selama empat hari dengan Qatar-Mesir menjadi perantara selepas 46 hari konflik berdarah di kawasan yang terkepung. lapor Bernama yang memetik Xinhua.

Terdahulu, Agensi Anadolu melaporkan tentera zionis Israel menerima perjanjian pertukaran tebusan dan gencatan senjata sementara dengan kumpulan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza, lapor media tempatan pada Selasa.

"Tentera bercadang untuk melakukan gencatan senjata.

"Tujuannya adalah menyusun semula pasukannya sebagai persediaan untuk meluaskan operasi daratnya ke selatan Gaza," menurut penyiar awam KAN memetik Agensi Anadolu.

Cadangan lain adalah pembebasan 50 warga Israel ditahan oleh Hamas sebagai balasan kepada 150 warga Palestin di penjara Israel.

Zionis Israel menganggarkan sekurang-kurangnya 239 warga Israel ditahan oleh Hamas. Ia berikutan serangan rentas sempadan pada 7 Oktober lalu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, tentera zionis Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Semenanjung Gaza berikutan serangan Hamas.

Kesannya, lebih 14,128 rakyat Palestin terbunuh termasuk 5,840 kanak-kanak dan 3,920 wanita.

Ribuan bangunan, termasuk hospital, masjid, dan gereja, juga rosak atau musnah dalam serangan udara serta darat Israel ke atas kawasan yang dikepung itu.

Menurut data rasmi, angka kematian rakyat Israel mencecah kira-kira 1,200 orang.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma