Pembelot UMNO sedang pasang jerat sekali lagi
Pembelot UMNO sedang pasang jerat sekali lagi
Kisah segelintir penyokong UMNO berjaya diperdaya oleh mereka yang belot kepada perjuangan parti pada PRU-14 memang pahit untuk ditelan.
Mereka terpengaruh dengan dakyah dilemparkan oleh pembelot UMNO yang bersekongkol dengan musuh UMNO untuk menjatuhkan UMNO.
Mereka terpesona dengan janji bulan bintang pembelot UMNO yang menawarkan lebih kesenangan andai musuh UMNO diberi undi dalam PRU berkenaan.
Mereka terperangkap dengan naratif palsu pembelot UMNO konon mereka mahu mengalahkan UMNO adalah untuk selamatkan UMNO.
Namun penyokong UMNO terbabit menyaksikan sendiri apa yang dilakukan oleh musuh dan si pembelot terhadap UMNO sejurus memegang kuasa.
Betapa penghinaan dilemparkan keatas UMNO dan penyokongnya selepas berjaya memperdayakan segelintir penyokong UMNO untuk membantu kemenangan mereka.
Presiden UMNO didesak supaya membubarkan parti, manakala pemimpin yang enggan berpaling tadah serta akur kepada ugutan dan tawaran diasak dan ditekan.
Tidak cukup dengan itu mereka mengambil tindakan perundangan dalam usaha untuk mengisytiharkan UMNO sebagai parti yang tidak sah.
Selepas usaha itu gagal mereka menggunakan pula kuasa jabatan kerajaan dalam cuban melemahkan struktur kepimpinan UMNO kerana bimbangkan kebangkitan UMNO.
Dan kini menjelang PRN Johor tiba-tiba mereka yang belot enggan mengaku mengkhianati UMNO walaupun berkomplot secara rasmi dan sahih dengan musuh UMNO pada PRU-14.
Seterusnya mengitar semula skrip PRU-14 konon mereka mahu menyelamatkan UMNO barangkali dengan harapan ada penyokong UMNO akan masuk perangkap sama kali kedua.
Kali ini mereka silap kerana selepas apa penyokong UMNO terbabit saksikan selepas 9 Mei 2018, mereka kembali meyakini BN satu-satunya gabungan politik yang benar dan berwibawa.
Maka seluruh ahli UMNO ingatilah peribahasa pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk dan mereka sedang memasang jerat sekali lagi.
#prnjohor
#umnobersamarakyat
#BNPilihanRakyat
Comments
Post a Comment