[VIDEO] Wanita berjubah cuba samun kedai emas diburu


[VIDEO] Wanita berjubah cuba samun kedai emas diburu

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161202

MELAKA – Polis memburu seorang wanita berjubah selepas dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang apabila suspek yang memakai jubah masuk ke kedai itu dan berpura-pura ingin membeli emas.

Katanya, pengadu yang merupakan pekerja kedai berusia 16 tahun bagaimanapun terkejut apabila wanita terbabit tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukannya.

“Wanita itu dikatakan masuk ke kedai dengan memakai jubah dan pelitup muka sebelum berpura-pura ingin membeli emas.

“Ketika melayaninya, suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dari beg galas lalu mengacukannya ke arah pengadu dan menyuruh memasukkan barang kemas ke dalam beg tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Satu klip video berkaitan kejadian dipercayai daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kedai emas berkenaan turut tular di media sosial Facebook, sejak semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, pengadu yang kaku akibat terkejut kemudian ditarik ke belakang oleh rakan sekerjanya.

“Suspek kemudian melarikan diri dan rakan pengadu meminta bantuan pekerja lelaki untuk mencari suspek tersebut, namun tidak menjumpainya.

“Polis kini memburu suspek mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana cuba merompak menggunakan senjata,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL