Polis siasat laporan kamera kecil tersembunyi dalam inap desa


Polis siasat laporan kamera kecil tersembunyi dalam inap desa

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168140

KOTA KINABALU  - Satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat laporan pasangan warga China yang menemukan kamera kecil tersembunyi dalam soket di sebuah bilik inap desa di sini yang kini tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan kes tersebut berdasarkan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Ia setelah pihaknya menerima laporan polis daripada pasangan tersebut pada 5.27 petang, 7 September lepas.

"Siasatan awal di tempat kejadian telah dijalankan dan rampasan ke atas barang kes telah dibuat, usaha untuk mengenal pasti suspek sedang dilakukan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak polis menafikan telah meminta pengadu untuk memadamkan hantaran yang telah dibuat pengadu di platform medianya.

Katanya orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut boleh menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu DSP Khairul Shah Peri menerusi nombor telefon 011-26691994

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL