[Video] ‘King’ redah palang tol RFID


[Video] ‘King’ redah palang tol RFID

Selanjutnya di: https://pakdin.my/158322  -

Sehingga kini, transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) masih menjadi keluhan ramai pengguna disebabkan kaedah tersebut sering bermasalah.

Semalam, tular sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi merempuh palang tol di laluan berkenaan di sebuah lebuh raya.

Video yang dikongsikan Adrian Tan di Facebook itu telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memahami situasi pemandu tersebut apabila sistem di laluan RFID gagal mengesan kenderaan yang lalu.

Sementara itu, melihat pada rakaman tersebut, pemandu Myvi berkenaan telah mencuba sebanyak empat kali sambil menggerakkan keretanya ke arah depan dan belakang bagi memastikan pelekat RFID pada kenderaannya dapat dikesan oleh sistem.

Namun, selepas beberapa kali percubaannya gagal, pemandu akhirnya bertindak melanggar palang tol dan meneruskan perjalannya sehingga mengejutkan pemandu yang berada di belakangnya.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa puas hati kerana tindakan pemandu itu seolah mewakili pengguna lain yang juga kurang senang dengan sistem terbaharu itu.

“Itu sahaja cara ajar sistem yang lembat macam itu, katanya teknologi hebat untuk lancarkan kesesakan di lebuh raya, kesannya lebih menyusahkan, belajar bagi habis dulu, baru keluarkan teknologi berkesan,” komen seorang pengguna.

“Hanya ‘King’ sahaja berani buat macam ini, tabik la, terima kasih wakilkan kami rakyat Malaysia yang dah lama geram dengan sistem RFID ini,” seloroh Rozaimi.

“Terima kasih ‘King’ anda buat kerja yang baik,” ujar Amar Afif.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma