Syed Saddiq lepas jawatan Presiden Muda

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170675

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melepaskan jawatannya sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik  Malaysia (MUDA) serta-merta hari ini, susulan keputusan mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Beliau berkata jawatan itu akan dipangku sementara waktu oleh Timbalan Presiden MUDA Amira Aisya Abd Aziz dan keputusan itu telah dipersetujui secara kolektif oleh mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA hari ini.

“Saya mengosongkan jawatan Presiden serta-merta sementara membersihkan nama saya melalui proses mahkamah.

“Saya tidak akan melibatkan diri atau dilibatkan lagi dalam mana-mana keputusan dalam Parti MUDA dan yang berkaitan dengan masa depan MUDA, namun saya akan terus mendukung parti ini sebagai ahli,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Syed Saddiq, 30, bersalah dan dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada.

Sementara itu, Amira Aisya yang kini memangku jawatan presiden parti itu berkata Parti MUDA menghormati keputusan mahkamah dan perjuangan Syed Saddiq dalam parti itu tetap diteruskan demi membawa landskap politik baharu.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma