Kes khalwat jenayah syariah paling tinggi ke mahkamah Terengganu


Kes khalwat jenayah syariah paling tinggi ke mahkamah Terengganu

Selanjutnya: https://pakdin.my/157433 -

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,395 kes jenayah syariah direkodkan di Terengganu dalam tempoh dua tahun bermula 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, kesemua kes berkenaan sudah didakwa di Mahkamah Syariah mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 969 kes direkodkan pada 2020, manakala 426 kes, tahun lalu.

"Kes khalwat merekodkan jumlah tertinggi dihadapkan ke Mahkamah Syariah iaitu 860 kes dengan 563 pada 2020, manakala tahun 2021 (297 kes).

"Ia diikuti kesalahan kahwin bersalahan dengan bahagian dua undang-undang keluarga Islam iaitu 99 kes, yakni 72 kes (2020) dan 27 kes pada 2021.

"Kesalahan persediaan persetubuhan luar nikah pula mencatatkan kes ketiga tertinggi iaitu 77 kes pada 2020, dan 20 kes tahun lalu," katanya dalam jawapan bertulis pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

Satiful Bahri berkata, kesalahan lain yang dihadapkan ke Mahkamah Syariah adalah berjudi, subahat, tidak solat Jumaat, poligami tanpa kebenaran mahkamah, perceraian tanpa kebenaran mahkamah dan memungut khairat tanpa kebenaran.

Terdahulu, Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pas-Batu Buruk) bertanya soalan mengenai kesalahan jenayah syariah yang dihadapkan ke mahkamah pada 2020 dan 2021

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL