Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17


Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

BACA seterusnya: https://pakdin.my/168988/

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 yang diadakan di lstana Negara, hari ini bersetuju mengisytiharkan Sultan Johor Darul Ta'zim, Sultan lbrahim Sultan Iskandar menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

Menerusi satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, Tan Sri Syed Danial memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh sama.

Beliau berkata, mesyuarat yang berlangsung hari ini, telah dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan dihadiri semua raja-raja kecuali Raja Perlis dan Sultan Kelantan.

"Menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja ini telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen. Perdana Menteri juga telah dimaklumkan,"menurut kenyataan tersebut.

Pemilihan itu diadakan susulan tempoh lima tahun penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, bakal tamat pada 30 Januari tahun depan.

Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 setelah dipilih pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari tahun sama.

Comments

Popular posts from this blog

DUA MAUT NAHAS 14 KENDERAAN DEKAT LEMBAH BERINGIN

CINA MENGGUNAKAN UNDI MEREKA UNTUK MENGAJAR DAP PENGAJARAN

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri