[VIDEO] Tujuh kawasan di Maran terjejas banjir


[VIDEO] Tujuh kawasan di Maran terjejas banjir

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/167032

Tujuh kawasan di Mukim Luit dan Chenor di daerah Maran dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Kawasan terbabit ialah Kampung Kuala Sentul, Pekan Sri Jaya, Kampung New Zealand, Kampung Baru Sungai Chedong, Kampung Berkat dan Taman Sri Chedung mula dinaiki air pada pukul 10.50 malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Maran Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Yusof berkata, "Sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan menempatkan 145 keluarga membabitkan 559 penduduk terjejas banjir."

PPS Kampung Baru Sungai Chedong menempatkan 53 keluarga dan 252 penduduk, Balairaya Kampung Berkat, tujuh keluarga (26 penduduk), SK Kuala Sentul menempatkan 64 keluarga (207 penduduk) dan Surau Taman Sri Chedong menempatkan 21 keluarga (74 penduduk).

"Agensi penyelamat sedang membuat pemantauan dan menghantar bantuan keperluan asas bencana serta kit makanan kepada penduduk yang terjejas," katanya.

https://youtu.be/JB4q6F3Jcj4

"Ketika ini, air mulai surut namun orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dan mendapatkan maklumat terkini terutama melibatkan laluan yang ditenggalami air yang boleh mengancam keselamatan mereka." katanya

Orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Maran (JPBD Maran / Negeri Pahang atau Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pahang di talian 09-2995 991.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL