Nahas pesawat, tiga anggota marin AS ditemukan


Nahas pesawat, tiga anggota marin AS ditemukan

BACA seterusnya di: pakdin.my/167075

DARWIN - Pegawai tentera AS pada Selasa memaklumkan tiga anggota marin yang terbunuh dalam nahas pesawat di utara Australia telah ditemukan dan penyiasat masih cuba mencari petunjuk mengenai punca kejadian.

Koperal Spencer Collart, 21, Kapten Eleanor LeBeau, 29, dan Mejar Tobin Lewis, 37, adalah antara 23 anggota marin dalam pesawat Boeing MV-22B Osprey apabila ia terhempas di Pulau Melville, utara Darwin pada pagi Ahad semasa latihan ketenteraan.


Collart, dari Virginia, adalah ketua kru Osprey, LeBeau, dari Illinois, adalah juruterbang pesawat, dan Tobin, dari Colorado, adalah pegawai eksekutif. Kesemua mereka ditempatkan di Darwin.

Tiga lagi anggota marin masih berada di Hospital Diraja Darwin, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, manakala 17 lagi hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan keluar.

Kolonel Brendan Sullivan, pegawai pemerintah Marin di Darwin, berkata ketiga-tiga mereka yang terkorban "dihormati dan disayangi", sambil menambah: "Ingatan dan doa kami tetap bersama keluarga dan semua yang terlibat.

"Pada masa ini, kami tetap memberi tumpuan kepada sokongan yang diperlukan kepada usaha pemulihan dan penyiasatan yang berterusan."

Sullivan mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Pertahanan Australia, polis tempatan dan pekerja perkhidmatan kecemasan lain yang telah membantu.

Pihak berkuasa tidak menyatakan apa yang mungkin menjadi punca tragedi itu.

Siasatan dijangka panjang, dengan pegawai menghabiskan sekurang-kurangnya 10 hari di lokasi nahas.-AFP

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma