[VIDEO] Bahan kimia bocor, pasukan keselamatan pantau lokasi terdedah pencemaran


[VIDEO] Bahan kimia bocor, pasukan keselamatan pantau lokasi terdedah pencemaran 

BACA seterusnya di: pakdin.my/167003 -

PASIR GUDANG  - Kebocoran bahan kimia sebuah kilang di Pasir Gudang petang semalam menyebabkan beberapa lokasi berhampiran terdedah kepada pencemaran.

Insiden kini dipantau pasukan HAZMAT Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dibantu anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan dan Melaka selain PDRM dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad memaklumkan, berlaku pencemaran bau disebabkan kebocoran pada injap saluran bahan kimia kilang tersebut.

Pasukan HAZMAT ditugaskan menutup semula injap berkenaan dan melaksanakan kerja penyejukan tangki bahan kimia tersebut.

Setakat tengah hari tadi, bacaan kualiti udara yang direkodkan JAS adalah normal.

Jabatan Kesihatan juga tidak menerima sebarang kes berkaitan kejadian itu namun mengingatkan penduduk agar mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai gejala sakit mata atau muntah.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL