[Video] Polis buru tiga lelaki kebas 10 beg simen bernilai RM185


[Video] Polis buru tiga lelaki kebas 10 beg simen bernilai RM185

Sumber: https://pakdin.my/157997 ...

KOTA BHARU – Seorang peniaga menjual perkakasan rumah mengalami kerugian sebanyak RM185 selepas 10 beg simen yang diletakkan di hadapan premisnya di Kampung Parit Limbat, Pasir Tumboh di sini hari ini dikebas pencuri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, pemeriksaan menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Menurutnya, tiga orang lelaki yang terlibat dalam kecurian itu telah memunggah 10 beg simen ke dalam sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Pemilik premis itu yang berusia 25 tahun menyedari beg simen itu hilang semasa membuka perniagaannya kira-kira pukul 7 pagi tadi.

“Beg simen yang hilang itu diletakkan di luar premis yang berhampiran dengan jalan raya. Siasatan mendapati, pemilik premis mengalami kerugian sebanyak RM185 selepas 10 beg simen itu dicuri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Suhaimi memberitahu, polis sedang mengesan tiga suspek itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Terdahulu, tular di Facebook video rakaman CCTV berdurasi kira-kira 1.07 minit yang memaparkan tiga orang lelaki sedang memunggah beg simen ke dalam sebuah kereta di hadapan sebuah premis.

Selepas mencuri, ketiga-tiga suspek terus beredar dari premis tersebut dengan menaiki kereta berkenaan tanpa rasa bersalah.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL