Pemandu lori terlibat nahas dua maut di Mualim bulan lalu ditahan di Melaka


Pemandu lori terlibat nahas dua maut di Mualim  bulan lalu ditahan di Melaka

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163537

TANJUNG MALIM: Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki terbabit kes langgar lari yang menyebabkan kematian dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, dekat sini, pada 29 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata suspek, 30, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Muallim berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat di Melaka kira-kira jam 11.57 malam tadi.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku menyebabkan kemalangan berkenaan ketika sedang membuat pusingan U di lokasi kemalangan terbabit.

"Suspek juga mengaku menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan sehari selepas kejadian.

"Kita juga menahan sebuah treler jenis Volvo di Kerling, Selangor yang mana pemeriksaan menemukan kesan bengkok dan cat tertanggal pada penghadang besi sebelah kanan tengah kenderaan berat itu," katanya melalui kenyataan.

Mohd Hasni berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 17 April depan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada 29 Mac lalu itu, dua dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan dari arah Ulu Bernam menuju Slim River.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL