Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan


Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166491

MUAR: Seorang ibu tunggal dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas pertuduhan menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Jalan Arab, di sini, awal bulan ini.

Tertuduh, Nur Shafiqah Mohd Faris, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar membuat serbuan di sebuah rumah pada jam 11.30 malam, 9 Julai lalu.

Dalam serbuan itu, terdapat dua individu masing-masing seorang lelaki dan wanita di ruang tamu kediaman yang disyaki menjalankan aktiviti persundalan.

Pemeriksaan dalam bilik tidur kemudian menemui tertuduh serta seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai pelanggannya.

Polis turut menemui kondom yang baru digunakan serta wang tunai berjumlah RM200 pada mangsa.

Berikutan itu, tertuduh ditahan dan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap 9 Julai lalu.

Di mahkamah sama juga, tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap satu lagi pertuduhan kerana menggunakan dadah jenis methamphetamine.

Ini susulan ujian air kencing dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mendapati dia positif dadah terbabit.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 13 September depan untuk sebutan semula kes serta laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Putera Amirool Faez Suhasi manakala tertuduh diwakiliNor Hafizah Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK).


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL