[VIDEO] Banjir di Selatan Thailand: Lebih 250,000 isu rumah terjejas walaupun hujan berkurangan


[VIDEO] Banjir di Selatan Thailand: Lebih 250,000 isu rumah terjejas walaupun hujan berkurangan

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161198

Lebih 250,000 isi rumah masih terjejas akibat banjir setakat Khamis 22 Disember 2022 meskipun hujan berkurangan di selatan Thailand.

Menurut kenyataan Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) terdapat tujuh kematian dilaporkan termasuk empat di Narathiwat.

"Setakat hari ini, sejumlah 250,175 isi rumah di 86 daerah di sembilan wilayah iaitu Surat Thai, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat masih dilanda banjir," memetik kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan berkurangan di selatan Thailand mulai hari ini.

"Monsun Timur Laut sederhana di Teluk Thailand menyebabkan hujan berkurangan di selatan negara ini mulai hari ini dan esok," menurut jabatan itu.

https://youtu.be/sClrhUOa6jA

Sementara itu, State Railway Thailand (SRT) mengumumkan bahawa 16 perkhidmatan kereta api dibatalkan mulai Rabu lalu hingga Sabtu susulan banjir yang melanda wilayah selatan itu.

Sebanyak 10 perkhidmatan kereta api di selatan Thailand mengalami perubahan termasuk perkhidmatan dari Bangkok ke Sungai Golok.

Berdasarkan kenyataan SRT di Facebook, paras air sudah surut namun kerja-kerja pembaikan landasan akan mengambil masa.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL