Harimau Malaya bangkit ‘terkam’ Kyrgyzstan

 


Harimau Malaya bangkit ‘terkam’ Kyrgyzstan

https://pakdin.my/173667/

Harimau Malaya sekali lagi mempamerkan kematangan apabila kekal bersikap positif dan tidak putus asa untuk memastikan kemenangan mutlak 4-3 ke atas Kyrgyzstan pada aksi pertama Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Walaupun terpaksa mengharungi tempoh kira-kira 30 minit penuh tekanan ketika ketinggalan 3-1, anak buat Kim Pan-gon terus melawan hingga memperoleh tambahan tiga lagi gol di babak kedua.

Hujan renyai kira-kira 15 minit sebelum sepak mula seakan beri petanda ngauman Harimau Malaya yang dilihat cukup garang sejurus wisel permulaan dibunyikan pengadil perlawanan, Ammar Ebrahim Hasan Mahfoodh.

Segalanya sempurna buat skuad negara yang hanya memerlukan enam minit untuk menghasilkan gol pertama menerusi Dion Cools sekaligus menjadikan peratusan permainan lebih condong kepada Harimau Malaya.

Walaupun terus menyajikan aksi berkualiti dan dihidangkan deretan peluang terbaik, jentera serangan negara seakan hilang idea untuk melakukan sentuhan penyudah lebih baik bagi menjadikan kedudukan lebih selesa.

Kyrgyzstan seakan memperoleh tenaga tambahan pada lima minit terakhir babak pertama apabila menghasilkan dua gol menerusi Zhyrgaalbek Kairat pada minit ke-42 dan dua minit selepas itu bekas bintang import Kelantan United, Batyrkanov Ernist memastikan jaringan kedua buat pasukannya.

Tempo hampir sama terus dipamerkan skuad negara namun Kyrgyzstan jelas lebih bertuah apabila memperoleh gol ketiga dan kali ini terhasil menerusi pemain gantiannya, Merk Kai pada minit ke-57.

Minit ke-72, usaha keras pemain negara akhirnya membuahkan hasil apabila pertahanan lawan, Khristiian Brauzman tertampan ke gawang sendiri ketika usahanya untuk mengeluarkan hantaran Arif Aiman Hanapi.

Selang lima minit selepas itu, Stadium Nasional Bukit Jalil terus bergema apabila Cools memastikan gol penyamaan, juga berpunca daripada sepakan penjuru.

Jaringan itu jelas meningkatkan intensiti permainan skuad negara dan hasilnya ketika aksi berada di masa tambahan, Faisal Halim berjaya menempatkan diri di kedudukan tepat untuk meledak gol kemenangan Harimau Malaya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma