SUV polis terbalik, dua anggota terselamat elak anjing


SUV polis terbalik, dua anggota terselamat elak anjing

Baca seterusnya di: pakdin.my/167874

HULU SELANGOR – Dua anggota polis nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbalik akibat elak anjing liar di Kilometer 7.3 Jalan Pintasan Rawang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian melibatkan kereta jenis Proton X70 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlaku pada pukul 6.15 pagi tadi.

Katanya, kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak menuju ke Glenmarie, Shah Alam.

“Kereta tersebut dipandu anggota lelaki pangkat Lans Koperal berusia 27 tahun dan bersama seorang penumpang anggota lelaki pangkat Sarjan berusia 33 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kerana mengelak anjing di tempat kejadian sebelum terbabas dan terbalik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Faizal memaklumkan kedua-dua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kenderaan itu sendiri.

“Siasatan dijalankan di bawah Kaedah 10 LN 166/59,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL