#PRNJohor: ADUN Bukit Melawati positif Covid-19 ketika berkempen disana


#PRNJohor: ADUN Bukit Melawati positif Covid-19 ketika berkempen disana

Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155717 -

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli disahkan positif Covid-19 hari ini, ketika berkempen untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Katanya, beliau kini berada di Johor membantu calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor berkata, keputusan itu diperolehi selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta di Segamat semalam.

“Semalam (3 Mac), saya mengalami sakit tekak dan keletihan, walaupun ujian air liur yang dilakukan secara harian menunjukkan keputusan negatif.

“Namun, bagi tujuan pengesahan dan rasa tanggungjawab, saya terus menjalani ujian saringan PCR dan kuarantin kendiri,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, beliau sudah menerima dos penggalak pada 18 Nov lalu.

“Saya memohon maaf bagi rakan seperjuangan kerana tidak dapat membantu kempen buat masa ini. Kini, saya menjalani kuarantin kendiri dan maaf kepada pihak yang mempunyai kontak sepanjang dua hari lalu.”

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL