MB Kedah didakwa berkaitan hasutan


MB Kedah didakwa berkaitan hasutan 

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166542

SELAYANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan berasingan bawah Akta Hasutan 1948. 

Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan mempunyai kecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja dan mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan. 

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, di sini, pukul 11.00 malam pada 11 Julai lalu. 

Pengakuan tidak bersalah dibuat di hadapan Hakim Rajiiah Mat Zin yang mendengar kes pertuduhan pertama dan Hakim Osman Affendi Mohd Salleh bagi pertuduhan kedua.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terriruddin Mohd Salleh manakala Muhammad Sanusi diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Wan Rohaimi Wan Daud. 

Jika disabit pertuduhan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

Kedua-dua hakim membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 untuk setiap pertuduhan dan memerintahkan tertuduh tidak mengeluarkan komen mengenai perkara sama sehingga kes selesai. 

Kes akan disebut semula pada 4 Oktober ini.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL