[VIDEO] Penduduk Miri temui serpihan logam disyaki komponen roket China


[VIDEO] Penduduk Miri temui serpihan logam disyaki komponen roket China

Selanjutnya di: https://pakdin.my/160328

Serpihan logam disyaki sebahagian daripada komponen roket Long March 5B milik China ditemui di Sepupok, Niah di Sarawak.

Ketua Polis Miri, Alexson Naga Chabu, berkata pihaknya menerima laporan daripada penduduk di Batu Niah berhubung penemuan komponen itu semalam.

Katanya, tinjauan awal mendapati serpihan logam itu terbenam kira-kira 1m dalam tanah di sekitar rumah seorang penduduk.

“Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkan asal-usul logam tersebut dan meminta bantuan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menganalisis tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihatkan orang ramai menjauhi kawasan terbabit kerana bimbang logam itu mengandungi bahan radioaktif dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

https://youtu.be/LzZolucCQPc

“Kawasan terbabit dipantau dengan rapi untuk memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini.

Agensi Angkasa Malaysia semalam mengesahkan kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China melintasi ruang udara Malaysia dan dikesan di beberapa kawasan, termasuk ruang udara Sarawak sebelum direkodkan jatuh di Laut Sulu.


BACA juga:

Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak

https://pakdin.my/160273/



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL