[Video] Orang ramai tidak tahu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka


[Video] Orang ramai tidak tahu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka

Selanjutnya di: https://pakdin.my/158355  

RANTAU PANJANG - Pintu sempadan darat Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang di sini pada Khamis (5 Mei 2022) lengang gara-gara orang ramai tidak mengetahui perkhabaran itu.

Tinjauan di ICQS Rantau Panjang mendapati lokasi itu lengang dan hanya terdapat beberapa orang sahaja yang hadir untuk membuat pas sempadan untuk ke negara jiran.

Pembukaan sempadan darat itu merupakan kali pertama melibatkan kawasan di negeri ini sejak Covid-19.

Saodah Yassin, 43, berkata, beliau mengetahui tentang berita berhubung pembukaan sempadan itu ketika sedang membeli makanan di kedai kopi di pekan Rantau Panjang.

"Saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu pintu sempadan sudah dibuka hari ini (Khamis) kerana tiada sebarang pengumuman dibuat.

"Tanpa berlengah saya terus datang ke ICQS Rantau Panjang untuk membuat pas sempadan," katanya.

Menurutnya, selepas selesai beliau mahu ke Golok, Thailand untuk bertemu sanak-saudara bagi meraikan Aidilfitri.

Katanya, pembukaan itu memudahkan lagi urusannya untuk bertemu sanak-saudara selepas ini.

Sementara itu, Tan Eng Seng, 25, berkata, sebaik mengetahui perkara itu daripada kawan-kawan, beliau terus ke ICQS Rantau Panjang untuk membuat pas sempadan.

"Sebaik sahaja siap, saya terus ke Golok untuk membeli-belah. Inilah saat-saat yang dinantikan oleh saya sebagai penduduk di sempadan.

"Selepas ini, bolehlah saya ke Golok untuk membeli makanan yang sedap-sedap di sana," katanya.

Selain ICQS Rantau Panjang, pintu sempadan di Pengkalan Kubor (Tumpat) dan Bukit Bunga (Jeli) turut dibuka.

--------------

PERINGATAN PENTING UNTUK KE THAILAND:

  1. Insuran COVID-19 - Perlu passport sebab premium dikira dari segi umur dan tempoh (contohnya umur 38, 5 hari - RM70). Insurans COVID-19 boleh beli secara harian dan berkelompok untuk lebih jimat.
  2. Thai Pass - RM20 /orang
  3. Insuran Wajib motosikal RM50 (3 bulan). Short term voluntary 3, 6, dan setahun motosikal boleh mengikut CC. Harga dari RM205
  4. Insurance Kereta - ada voluntary seminggu, 2 minggu, 3 minggu, sebulan. Dari harga RM150 hingga setahun RM450.
  5. White Card, TM2, 3 - RM5 seorang
  6. Bagi pemegang Border Pass tidak perlu insurance COVID-19. Hanya Insurance kenderaan sahaja.


APA YANG ANDA PERLU SEDIAKAN ?

  1. Passport @ Border Pass
  2. Sijil Vaksin di download dari MySejahtera
  3. Salinan geran kenderaan


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL