Nak sangat ke kena rogol?


Nak sangat ke kena rogol?

Selanjutnya: https://pakdin.my/157492 -

Tindakan seorang wanita membuat laporan palsu kononnya disamun dan dirogol secara bergilir lima lelaki warga Afrika mengundang padah apabila dia bakal dihadapkan ke mahkamah akibat penipuannya itu.

Perbuatan wanita warga asing berusia 20 tahun itu terbongkar selepas siasatan lanjut dijalankan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, wanita itu pada mulanya membuat laporan polis pada 7.30 petang, 1 Februari lalu.

"Berdasarkan laporan, dia mendakwa disamun dan dirogol semasa berada di tepi jalan SP5/4 Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan.

"Lima lelaki warga Afrika dikatakan mengambil barang milik pengadu dan merogolnya secara bergilir-gilir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bertindak atas maklumat kejadian itu, polis menjalankan siasatan dan hasil laporan doktor perubatan menunjukkan tiada kesan rogol terhadap pengadu.

Malah, Anbalagan berkata, pengadu turut dibawa ke lokasi dan dia gagal menunjukkan tempat dan bagaimana kejadian berlaku selain tidak dapat mengecam wajah kesemua suspek yang dikatakan terbabit kejadian itu.

"Siasatan lanjut dilakukan mendapati terdapat keraguan terhadap laporan polis yang dibuat.

"Pada peringkat awal siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Namun selepas kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya (TPR), pengadu akan didakwa mengikut Seksyen 182 kanun sama kerana membuat laporan palsu," katanya.

Berikutan itu, katanya, wanita terbabit akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor, esok.

Katanya, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu membuat laporan palsu.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma