Mayat di gaung disahkan wanita tempatan, klasifikasi kes sebagai bunuh


Mayat di gaung disahkan wanita tempatan, klasifikasi kes sebagai bunuh

Sumber: https://pakdin.my/157574 -

SEREMBAN: Polis mengesahkan mayat wanita tanpa identiti yang ditemui di kawasan gaung di Kilometer 14 dekat Jalan Lama Bukit Putus, di sini, pada Ahad lalu sudah dikenal pasti.

Malah, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya juga mengklasifikasikan penemuan mayat mangsa yang disahkan sebagai warga tempatan berusia 29 tahun itu sebagai kes bunuh.

Mengulas lanjut, katanya pengesahan identiti mangsa susulan pengecaman dilakukan individu yang mendakwa waris kepada wanita terbabit.

"Sehingga kini, kertas siasatan berhubung kes sedang disiapkan dan pihaknya sedang menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum ia diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

"Saya sahkan siasatan kes ini dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun motif kejadian belum dapat didedahkan lagi.

"Kertas siasatan hampir selesai dan sedang menunggu keputusan DNA yang dianggarkan diperoleh dalam masa satu hingga dua minggu lagi," katanya ketika ditemui selepas Sambutan Hari Polis Ke-215 di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban, hari ini.

Dalam pada itu, Nanda mengesahkan ketiga-tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan adalah warga tempatan dan juga rakan kepada mangsa.

Selasa lalu, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun bersama seorang wanita berusia 18 tahun ditahan di dua lokasi di daerah ini kerana disyaki terbabit dengan penemuan mayat berkenaan.

Nanda berkata, ujian COVID-19 terhadap mayat berkenaan juga didapati positif wabak berkenaan.

Pada 21 Mac lalu seorang lelaki yang ingin merakam gambar ketika berjoging terkejut menemui mayat wanita yang memakai seluar sukan berwarna hitam dan baju kemeja-T berwarna hitam di lokasi kejadian.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma