Ely, Bera disahkan bunting


Ely, Bera disahkan bunting

https://huluselangor.com/?p=767389

HULU SELANGOR - Pusat Konservasi Hidupan Liar (PHKL) Sungai Dusun, Kuala Kubu Baru menerima khabar gembira apabila dua tapir Malaya bernama Ely dan Bera disahkan bunting pada Jumaat.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerusi pasukan Wildlife Reproductive Biotechnology (WRB) dan kakitangan PKHL melakukan pemeriksaan terhadap tiga tapir betina.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menerusi imbasan X mendapati dua daripadanya yang diberi nama Ely dan Bera disahkan bunting.

"Ia dianggap berita gembira bukan saja kepada kami, malah rakyat Malaysia kerana tapir Malaya kian pupus dan merupakan spesies dilindungi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kenyataan itu memberitahu, tempoh bunting tapir antara 390 hingga 400 hari atau 13 bulan.

"Ely dianggarkan melahirkan anak pada pertengahan Februari tahun depan manakala Bera pada Julai tahun sama.

"Kami berharap dua tapir betina ini selamat melahirkan 'cahaya mata' mereka sekali gus menambah populasi spesies berkenaan," ujar kenyataan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma