Inkues Zara Qairina: ‘Kak M’ membuli pada Mei, ‘Tomboy’ berada di Perlis ketika kejadian - Ketua warden


Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa pada awalnya pihak sekolah tidak mengetahui mengenai ayat ‘kalau aku touch-touch, kau berdarah’ yang didakwa disebut oleh ‘Kak M’ terhadap Zara Qairina Mahathir.

Azhari Abd Sagap, 31, berkata pihaknya hanya mengetahui perkara itu selepas audio perbualan Zara Qairina dan ibunya Noraidah Lamat tular di media sosial selepas insiden 16 Julai lepas.

"Kami tidak menerima sebarang laporan. Tiada aduan atau laporan daripada Zara, ibu Zara, A atau ibu A.

"Kenapa ibu Zara tidak lapor kepada sekolah? Itu soalan saya. Saya pasti akan beri perhatian. Kenapa tiada aduan? Tidak daripada Zara, atau ibunya, tiada langsung," katanya.

Rakaman audio yang disiarkan pada Ogos disahkan oleh ibu Zara Qairina Noraidah Lamat, menyebut "Kak M" yang didakwa mengganggu Zara Qairina yang "masih ada masalah" dengannya dan belum "maafkannya".

“Pihak sekolah kemudian membuat siasatan berhubung perkara itu. Bukti-bukti berkaitan isu itu diserahkan kepada polis. Kami juga membawa pelajar yang dikenali sebagai ‘Kak M’ dan semua pelajar yang disebutkan dalam audio itu untuk diambil keterangan polis,” katanya.

Saksi kelapan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina itu turut mendedahkan bahawa hasil siasatan pihak sekolah mendapati cerita berhubung ‘kalau aku touch-touch, kau berdarah’ sebenarnya berlaku pada Mei lepas.

“Hasil siasatan mendapati ‘Kak M’ didakwa menyebut sedemikian, susulan adiknya yang belajar di Tingkatan Dua telah diejek oleh Zara Qairina dan rakannya.

“Pelajar itu (Kak M) pada ketika itu berada dalam emosi tidak stabil susulan biliknya semak dan kotor,” katanya ketika menjawab soalan peguam Abdul Fikry Jaafar yang mewakili kanak-kanak didakwa terlibat dalam kes buli Zara Qairina.

Saksi juga berkata insiden ejekan terhadap adik ‘Kak M’ berlaku secara bertulis apabila Zara Qairina dan rakannya meninggalkan nota “Dia seorang yang sok orku, sengaja takutkan Form 1 (Tingkatan Satu), padahal baru juga junior.”

“Nama panggilan adik 'Kak M' juga disebut dalam bukti yang telah kami serahkan kepada pihak polis,” katanya.

Azhari menjelaskan bahawa istilah ‘sok sok’ bermaksud berpura-pura menjadi sesuatu manakala ‘orku’ merupakan singkatan kepada perkataan ‘orang kuat’.

Azhari juga memberitahu mahkamah bahawa seorang pelajar lain dikenali sebagai "Tomboy" yang namanya tular di media sosial didakwa mengasari Zara, tidak berada di negeri itu ketika kejadian pada 16 Jul.

Cikgu Amit Hamid, rakan guru sekolah itu telah membawa beberapa pelajar, termasuk "tomboy" untuk program sekolah ke Perlis.

"Untuk makluman mahkamah, dia membawa pelajar yang telah diviralkan, dikenali sebagai 'tomboy' bersamanya ke Perlis. Dia pun tidak ada di sana ketika kejadian tetapi namanya diviralkan," katanya.

Azhari merupakan saksi kelapan yang dipanggil dalam siasatan lanjut kematian Zara Qairina.



Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因