Edisi Siasat kembali di Twitter, guna ‘handle’ baharu, @My_Siasat
Edisi Siasat kembali di Twitter, guna ‘handle’ baharu, @My_Siasat
Baca seterusnya di:
Akaun Twitter “pemberi maklumat”, Edisi Siasat, kini kembali dengan menggunakan ‘handle’ terbaharu, @My_Siasat.
“Assalamualaikum, Edisi Siasat is back (Edisi Siasat kembali)!! Rindu ES (Edisi Siasat) atau rindu pembongkaran ES?” kata ciapan berkenaan.
Pada 21 Feb, akaun Edisi Siasat, yang baru-baru ini menukar namanya kepada Edisi Khas, digantung sehari selepas membuat dakwaan berhubung kes dadah membabitkan anak lelaki kepada taikun Vincent Tan, yang kesnya diklasifikasikan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas.
Dalam beberapa hantaran disiarkan dalam saluran Telegramnya, Edisi Siasat, mendakwa penggantungan akaun mempunyai kaitan dengan pendedahan akaun itu berhubung pembabitan anak lelaki Tan.
Katanya, ia adalah kali kedua akaun terbabit digantung, selain melontarkan soalan kepada pengikutnya sama ada ada keperluan mewujudkan satu lagi profail Twitter atau platform media sosial lain.
Thomas sebelum itu, membidas dakwaan yang mengatakan beliau bertindak menyeleweng dalam menangani kes anak lelaki Tan, yang ditangkap atas kesalahan dadah, ketika beliau masih bertugas sebagai Peguam Negara.
Edisi Siasat, pada Jumaat, mendakwa kes terbabit diklasifikasikan sebagai NFA walaupun anak lelaki Tan itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terbabit dalam “sejumlah besar dadah”.
Edisi Siasat sebelum ini juga pernah membuat dakwaan terhadap beberapa individu lain, seperti Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dan pegawai kanan polis sehinggalah membabitkan ahli politik.
Comments
Post a Comment