6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan


6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

BACA di: https://pakdin.my/174044/

Sebanyak 6.5 juta jumlah permohonan eMADANI diluluskan setakat ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia membabitkan agihan dana berjumlah RM650 juta daripada RM1 bilion peruntukan keseluruhan.

"Jumlah pendaftaran yang masih dalam proses 1.8 juta permohonan yang mengambil masa perjanjian kita dalam laman sesawang, satu ke lima hari dan saya ingin menyatakan, kepada mereka yang menghadapi masalah, rasakan diri mereka layak tetapi tak dapat, boleh menghubungi untuk merayu di talian hotline 8882 4565.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan eMADANI, di sini, Ahmad berkata sebagai alternatif, pemohon yang layak namun tidak berjaya, boleh mengemukakan rayuan menerusi emel emadani@treasury.gov.my.

Sementara itu, Ahmad berkata penggunaan kredit eMADANI hanya dibenarkan untuk transaksi secara fizikal.

Beliau berkata, ia bertujuan menyokong usahawan mikro, kecil dan sederhana, seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.

"Kredit eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi e-dagang, bayaran tempat letak kereta atau tol serta bayaran bil utiliti menerusi aplikasi e-dompet," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL