Posts

Showing posts from May, 2022

[Video] Hujan dengan angin kencang landa Aceh Besar dan Banda Aceh

Image
[Video] Hujan dengan angin kencang landa Aceh Besar dan Banda Aceh Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159094   Hujan disertai angin kencang terjadi di kota Banda Aceh dan Aceh Besar, Ahad (29/5/2022). Akibatnya, banyak dahan pokok dan beberapa kanopi kedai penduduk runtuh. Dari pemerhatian, kebanyakan kanopi kedai penduduk rosak akibat angin kencang. Bukan itu sahaja, beberapa zink dan papan tanda terjatuh ke tengah jalan. Hujan dan angin kencang berlarutan selama kira-kira 30 minit. Selepas angin dan hujan reda, penduduk membersihkan sendiri saki baki pokok tumbang dan membaiki zink serta bumbung rumah yang diterbangkan angin. Di lokasi berbeza, beberapa gerai dagangan rakyat di kawasan Simpang Dodik juga kelihatan bersepah. Sejumlah khemah peniaga terbang.

[Video] Dua buah rumah terbakar di Serendah

Image
[Video] Dua buah rumah terbakar di Serendah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159087   HULU SELANGOR: Enam sekeluarga yang sedang menikmati makan malam nyaris rentung apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Dahlia 4, Kampung Seri Serendah, di sini, malam tadi. Kebakaran kira-kira jam 9.20 malam itu mengakibatkan rumah berkenaan musnah 80 peratus, selain memusnahkan sebuah lagi rumah dan kereta Proton Saga. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.30 malam. Katanya, sepasukan 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Bukit Sentosa dan Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sejurus tiba, anggota dapati dua rumah sedang terbakar dengan satu daripadanya terbakar 100 peratus, manakala satu lagi 80 peratus. "Turut terbakar, kereta Proton Saga yang berada di salah sebuah rumah dan hangus 100 peratus," katanya ke...

[Video] 14 mayat dikeluarkan dari pesawat terhempas di Nepal

Image
[Video] 14 mayat dikeluarkan dari pesawat terhempas di Nepal Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159068   POKHARA: Pasukan penyelamat Nepal berjaya mengeluarkan 14 mayat penumpang dari bangkai pesawat yang terhempas selepas dilaporkan hilang semalam. Pesawat yang membawa seramai 22 orang penumpang ditemui berkecai di kawasan pergunungan. Pesawat Twin Otter yang dikendalikan Tara Air itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus berlepas dari Pokhara di Barat pagi semalam, ketika sedang menuju ke Jomsom, destinasi popular aktiviti mendaki gunung. Helikopter yang dikendalikan oleh tentera dan syarikat swasta menjelajah kawasan pergunungan terpencil sepanjang hari semalam dengan dibantu pasukan darat, namun terpaksa menghentikan pencarian apabila menjelang malam berikutan cuaca buruk menghalang operasi terbabit di kawasan sekitar 3,800 hingga 4,000 meter di atas paras laut. Operasi diteruskan semula hari ini dengan pasukan tentera berkongsi di media sosial gambar ...

Selepas Hans Isaac, Altimet, giliran Afdlin pula tewas pemilihan Ketua Cabang PKR

Image
Selepas Hans Isaac, Altimet, giliran Afdlin pula tewas pemilihan Ketua Cabang PKR Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159064   Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa. Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi. Dengan keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR kali ini gagal meraih kejayaan. Terdahulu, pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac juga tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, sekadar memproleh 609 undi sementara pesaing selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, yang turut tewas, memperoleh 589 undi. Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.

[Video] Pesawat bawa 22 penumpang dikhuatiri terhempas di Pergunungan Himalaya

Image
[Video] Pesawat bawa 22 penumpang dikhuatiri terhempas di Pergunungan Himalaya Selanjurnya di:  https://pakdin.my/159059    KATHMANDU – Sebuah pesawat penumpang kecil milik syarikat penerbangan Tara Air di Nepal dikhuatiri terhempas selepas terputus hubungan dengan menara kawalan pagi tadi, lapor stesen penyiaran NDTV. Menurut pegawai syarikat penerbangan itu, terdapat 22 penumpang di dalam pesawat termasuk empat warganegara India. Pesawat enjin berkembar Tara Air 9 NAET itu  terputus hubungan semasa terbang dari bandar pelancongan Pokhara, kira-kira 200 kilometer ke barat laut ibu negara Nepal, Kathmandu menuju ke Jomsom. Pesawat itu yang dalam penerbangan berjadual selama 15 minit terputus hubungan sejurus selepas berlepas pada 9.55 pagi (waktu tempatan). “Pesawat itu dilihat di langit Jomsom di daerah Mustang dan kemudian melencong ke Gunung Dhaulagiri selepas itu ia terputus hubungan,” kata Pegawai Daerah, Netra Prasad Sharma. Pesawat itu membawa empat warga Indi...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Image
[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158521   Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand yang bersempadan di daerah Tumpat, Kelantan. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, aset ini meliputi pemantauan helikopter dan dron. "Kita (PDRM) dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan. "Selain kawalan sempadan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah menambah anggota dan aset PGU melibatkan pemantauan helikopter dan dron," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Tambahnya, penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mengesan sesuatu yang mencurigai. Dalam kej...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Image
[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158517 Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan semalam. “Kami tidak mahu membuat spekulasi mengenai motif pembunuhan kerana siasatan masih dijalankan,” katanya kepada FMT. Suresh berkata, kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian tembakan juga sedang dianalisis. Mangsa, Murali Shunmugam, 36, dari Bukit Selambau, didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal sebelum salah seorang suspek melepaskan beberapa tembakan di depan sebuah restoran di Jalan Bakar Arang, semalam. Tembakan itu mengenai kepalanya dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja memasuki keretanya manakala isteri dan anak lelakinya sedang berjalan keluar dari restoran di seberang jalan. Semalam, Ketua...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Image
[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000 Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158512   Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem. Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi membuat keputusan itu hari ini selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malalap itu. Pada 14 Disember tahun lalu mahkamah memerintahkan Anthony, 51, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh. Pada 21 September 2021, pihak pendakwaan menutup kes berkenaan selepas 15 saksi dipanggil memberi keterangan. Seramai 15 saksi pendakwaan termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Hakim Nega...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

Image
[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA Selanjutnya di: https://pakdin.my/158506   SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari ketika mangsa dikenali sebagai Murali Shanmugan berusia 36 tahun berjalan ke arah kenderaan Toyota Vellfire miliknya sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal. Suspek dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya lapan das tembakan yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di badan serta muka dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa dikatakan datang ke restoran terbabit bersama isteri, seorang kanak-kanak dipercayai anak angkat serta rakannya dan baru selesai membungkus makanan untuk dibawa pulang. Bagaimanapun, sebaik membuka pintu kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya, mangsa dihampiri empat lelaki yang menunggang motosikal dan terus melepaskan tembakan dari jarak dekat dan difaham...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Image
Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158500   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya. Dalam kenyataan, SPRM berkata pihaknya selesai melakukan siasatan kes melibatkan Nazlan yang bermula sejak Mac lalu. “Siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur ditetapkan,” katanya. Pada 23 Apr lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nazlan memiliki RM1 juta dalam akaunnya yang tidak dapat dijelaskan. Katanya, SPRM membuka kertas siasatan selepas menerima “beberapa laporan” dan bukan disebabkan dakwaan dibuat dalam portal atau media sosial. Nazlan membuat laporan polis berhubung tuduhan itu sambil menyatakan, ia adalah...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Image
[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’ Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158495   Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian 8.30 pagi mangsa bersama nenek, Bibah Harup, 48, dan kakaknya sedang duduk di tebing sungai. Katanya, berdasarkan laporan, Mohd Adammi Moktar disambar buaya ketika sedang mengambil air dan terus hilang di dasar sungai. “Sejurus menerima panggilan, lima anggota bomba Petra Jaya dikejarkan ke lokasi. “PGO turut menghubungi agensi Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi mendapatkan bantuan pasukan SWAT SFC untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya menurut laporan Berita Harian. kejadian membabitkan reptilia itu adalah yang kedua selepas seorang lelaki, Sebarang Bingkok, 56, disambar buaya di Sungai Ahong, Kampung...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Image
Suami isteri maut dikelar di Serian Selanjutnya:   https://pakdin.my/158491   Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian, Sarawak. Ketua Polis Serian Aswandy Anis, berkata mangsa masing-masing berusia 44 dan 47 tahun dan merupakan warga Indonesia. Katanya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8 malam, semalam, selepas disedari oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan ladang berkenaan. “Siasatan awal polis mendapati kecederaan mangsa wanita adalah di bahagian tengkuk, manakala mangsa lelaki cedera di bahagian leher,” katanya. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk dibedah siasat. Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 302 dan 309 Kanun Keseksaan. “Siasatan lanjut kes masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian,” katanya.

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Image
[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158487 Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya dari tanah untuk berswafoto dengannya. Selepas video beberapa wanita memetik “pokok zakar” tular di media sosial, kerajaan Kemboja telah mengeluarkan kenyataan meminta rakyat meninggalkan tumbuhan zakar yang terancam itu di dalam tanah di mana ia berada. Memang benar, tumbuhan periuk kera Nepenthes holdenii kelihatan menakjubkan seperti zakar yang tegak. Tumbuhan yang dilindungi itu, hanya tumbuh di kawasan pergunungan terpencil di barat Kemboja, telah menjadi terancam kerana penduduk tempatan dan pelancong tidak dapat melepaskan diri daripada mereka. Tumbuhan zakar hanya tumbuh di kawasan yang sangat terpencil di latitud melebihi 600 meter, jadi mencari dan merakam gambar dengan tumbuhan periuk kera ...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

Image
[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi Selanjutnya di: https://pakdin.my/158482.  CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini, awal pagi semalam. Mayat Ahmad Qarib Ab Kadir, 60, ditemui pada jarak kira-kira dua batu nautika dari Kuala Kemaman, pada kira-kira jam 2.10 petang tadi, tetapi isterinya, Rokiah Abd Rahman, 59, masih belum ditemui setakat ini. Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid, berkata sebaik menerima laporan, pihaknya mengatur gerak menyelamat menggunakan bot Penggalang 17 ke lokasi kejadian. "Anggota kami tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang sebelum mengangkat dan membawa mayat mangsa ke Jeti Kuala Kemaman kira-kira jam 3.30 petang. "Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut," katanya di ...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

Image
Cukup-cukuplah Tun Mahathir Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158478   1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3 sebab utama kenapa beliau kurang relevan. 2. Pertama, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dasar pro-Melayu/Bumiputera yang beliau lakukan kurang berjaya. Malah beliau sentiasa menyindir dan memperkecilkan orang Melayu dengan panggilan malas dan mudah lupa. 3. Beliau tidak mengutamakan dasar-dasar pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, kad siswa, Teksi 1Malaysia subsidi bantuan kepada penoreh getah, nelayan dan lain-lain kerana ianya dianggap membazir dan memanjakan orang Melayu. 4. Kongres Maruah Melayu yang dianjur tidak lebih sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tiada tawaran konkrit kepada orang Melayu yang diberikan. 5. Jika ada pun, Dasar Kemakmuran Bersama yang dipelopori Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tidak ...
Image
Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad Selanjutnya:  https://pakdin.my/158474   Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sewaktu Debat Perdana dengan Datuk Seri Najib Razak apabila ada yang mengkritik Shahrir kerana menggelarkan Anwar sebagai retorik ketika debat tersebut. “Saya jawab dengan mengambil satu contoh sahaja iaitu mengenai pandangan Anwar bahawa urustadbir dan intergriti adalah suatu yang penting dan untuk memastikan badan-badan penting kerajaan tidak disalahurus, kenalah buat audit forensik,” kata Shahrir menerusi posting di Facebooknya. Beliau berkata, Anwar menjawab isu berkenaan dengan menyebut mengenai Tabung Haji dan FELDA sebagai contoh kepincangan yang berlaku ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan kedua-dua syarikat itu diaudit oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Audit yang dilakukan pa...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

Image
Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158470 LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei lalu meningkat kepada tujuh orang, lapor laman berita Wion News semalam. Agensi Keselamatan Kesihatan (UKHSA) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti kaitan  antara empat kes jangkitan terbaharu di London itu yang sebelum ini dikatakan tidak mempunyai hubung kait dengan tiga kes lain. Empat kes baharu itu tiada kaitan dengan aktviti melancong ke negara di mana cacar monyet adalah endemik. Lokasi, cara dan kaitan antara  kes masih dalam siasatan, kata agensi sama. Penyakit cacar monyet jarang berlaku dan menyerupai jangkitan virus cacar yang telah dihapuskan pada tahun 1980. Walaupun cacar monyet jauh lebih ringan daripada penyakit cacar dengan pesakit biasanya pulih dalam masa beberapa...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Image
GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158459    Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS Abang Johari Openg, hari ini, berkata GPS berpendirian teguh dan kekal tidak berkompromi dengan Bersatu dan akan bertanding di semua kerusi Parlimen di negeri itu. Fazzrudin Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong, berkata pendirian sama sudah disuarakan Abang Johari dan keputusan itu tidak berubah. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, dilaporkan meminta Abang Johari, baru-baru ini, mempertimbang calon Bersatu diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Sarawak. Dalam maklum balas, hari ini, Fazzrudin berkata, usaha menuntut semula dan mempertahankan hak Sarawak terjamin menerusi kemenangan GPS di kerusi Parlimen negeri ini. “Sekiranya Sarawak makmur, saya percaya negara juga ak...

Banjir kilat di Kerling

Image
Banjir kilat di Kerling Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158453 HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air.  Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan anggota bomba selepas kediaman mereka dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan selama beberapa jam.

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

Image
Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa.  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158449    IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai di sini pada Ahad. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, kaki bahagian kiri itu ditemui oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) yang ditugaskan untuk mengesan kedua-dua mangsa kira-kira jam 5.05 petang. Menurutnya, anggota badan itu dijumpai dalam jarak 300 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat sebelum hilang. "Berikutan itu, operasi kini giat dijalankan untuk mengesan kedua-dua mangsa yang masih hilang. "Bantuan daripada Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM dan Pasukan Gerakan Am (PGA) diperlukan bagi membantu operasi yang ditangguhkan sementara," katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Ka...

Akar umbi UMNO sebulat suara lulus usul pinda perlembagaan

Image
Akar umbi UMNO sebulat suara lulus usul pinda perlembagaan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158445     Kejayaan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO hasil daripada keputusan sebulat suara dari setiap akar umbi parti bagi memastikan parti itu berada dalam landasan terbaik dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) umum akan datang. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, apalah ertinya memenangi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan tetapi UMNO tewas PRU akibat perpecahan parti hasil perebutan jawatan sebelum PRU. “Atas semangat mahukan kestabilan politik diperkukuh, tumpuan untuk memenangi PRU akan datang, kesemua kepimpinan tertinggi parti, bahagian dan akar umbi parti bersetuju untuk bersatu hati fokus kepada keutamaan untuk menang PRU terlebih dahulu,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Ahad Menurutnya, UMNO mempunyai visi dan misi yang jelas untuk rakyat, masyarakat dan negara. Idea-idea transformasi telah banyak terbukti berjaya. “ ...

[Video] Nelayan Kemboja tangkap pari gergasi 180 kg

Image
[Video] Nelayan Kemboja tangkap pari gergasi 180 kg Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158437    Ikan pari gergasi air tawar betina yang ditangkap sekumpulan nelayan Kemboja 4 Mei lalu, dilepaskan semula ke dalam air. Raksasa air tawar betina seberat 180 kilogram itu adalah spesis terbesar dan jarang ditemui di Asia Tenggara, ditangkap secara tidak sengaja minggu lalu di daerah Stung Treng. Sepasukan pakar antarabangsa dalam projek Wonders of Mekong, bekerjasama dengan nelayan untuk menimbang dan mengukur sebelum melepaskannya semula. Sungai Mekong menjadi habitat kepada 1,000 spesis ikan, dan pari bukan satu-satunya haiwan gergasi yang berada di perairan itu. Sungai itu turut dihuni ikan keli dan barb gergasi sepanjang tiga meter dengan berat 270 kilogram. Pencinta alam sekitar sudah lama menyuarakan kebimbangan mengenai pembinaan empangan di sepanjang Sungai Mekong yang akan memusnahkan bekalan ikan. @pakdin.my [Video] Nelayan Kemboja tangkap pari gergasi 180 kg. S...

Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh

Image
Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158432     Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS bagi merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Harapan (PH)pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Umno negeri akhirnya menyerahkan nasib gabungan itu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata, ia termasuk walak kepada keputusan MKT sekiranya kerjasama dengan PAS perlu dilupakan menjelang PRU15. “Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sudah membuat kenyataan mengenai status MN dan kita tunggu apa keputusan parti,” katanya menurut laporan Sinar Harian. Pada 7 Mei lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada PRU15. Zahid berkata, parti itu telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara yang terkandung dalam piagam MN, namun tidak dise...

[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari

Image
[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari.    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158426      JOHOR BAHRU – Lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang ditahan polis kerana cubaan menculik seorang kanak-kanak semalam dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nurkhalida Farhana Abu Bakar bermula 12 hingga 15 Mei ini. Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap sambil diiringi polis tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru pada pukul 9.13 pagi. Semalam (11 Mei 2022), Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, lelaki OKU berusia 20-an itu ditahan orang awam di sebuah restoran makanan segera di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada pukul 11.30 pagi, semalam. Menurut beliau, suspek yang merupakan pemegang kad OKU pesakit mental itu turut positif dadah jenis methaphetamine melalui ujian saringan air kencing yang dijalankan. “Murid lelaki berusia 7 tahun itu diculik...

[Video] Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS

Image
[Video] Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS.  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/58421      Mangsa adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, berasal dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak. Dalam kejadian tengah malam tadi (11/5/2022), lima rentung apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, selepas Terowong Menora, di sini. KUALA KANGSAR: Lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLIUS) arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, tengah malam tadi. Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafiz...

[Video] Dua kampung di Janda Baik dilanda banjir

Image
[Video] Dua kampung di Janda Baik dilanda banjir  Selanjutnya di: https://pakdin.my/158415   BENTONG - Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan banjir kilat di Kampung Sum Sum dan Kampung Chemperoh dekat Janda Baik di sini pada Rabu 11 Mei 2022. Kejadian melibatkan 12 buah keluarga di Kampung Sum Sum dan 30 lagi keluarga di Kampung Chemperoh. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.27 pagi. Menurutnya, seramai dua pegawai dan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dan dibantu lapan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Janda Baik bergegas ke lokasi kejadian. "Pasukan bomba telah menjalankan operasi penyelamatan melibatkan tiga keluarga di Kampung Sum Sum namun alami kesukaran kerana ada pokok tumbang menghalang ke lokasi kejadian menyebabkan dua unit gergasi rantai digunakan memotong pokok terbabit. "Operasi penyela...

[Video] Kereta terbakar dan mengundur di Genting Highlands cetus panik

Image
[Video] Kereta terbakar dan mengundur di Genting Highlands cetus panik Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158407    Begitulah detik mencemaskan yang dilalui sebahagian pengguna jalan raya apabila sebuah kereta terbakar di jalan menghala ke Genting Highlands, Pahang. Menerusi video yang kini tular di media sosial, sebuah kereta jenis Hyundai Elantra terbakar. Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @kas_man88_tks pada Isnin merakamkan orang awam memadamkan kebakaran menggunakan pemadam api. Lebih mencemaskan apabila kereta yang terbakar itu secara tiba-tiba mengundur ke belakang menuruni bukit. Suasana panik itu membuatkan pengguna jalan raya cuba bergerak bagi mengelakkan terkena kereta berkenaan. Kereta warna putih yang terbakar itu kemudian berhenti selepas melanggar sebuah kenderaan lain jenis Toyota Vellfire. Video kedua dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @ren.pmx, yang dirakamkan daripada pandangan atas, dipercayai dari kereta kabel untuk ke pusat perangina...

[Video] Mayat lelaki jatuh Jambatan Songsang ditemui selepas tiga hari

Image
[Video] Mayat lelaki jatuh Jambatan Songsang ditemui selepas tiga hari Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158402    TEMERLOH: Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai hanyut selepas terjatuh dari Jambatan Songsang, Sungai Semantan di sini hari ini. Kejadian membabitkan  Mohamad Hanizam Md. Khalib, 30, dilaporkan berlaku pada 8 Mei lalu. Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa dijumpai pada hari ketiga pencarian sekitar pukul 9.01 pagi.  “Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam berhampiran sangkar ikan yang terletak satu kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh. “Dalam pada itu, pasukan penyelamat berjaya membawa mayat mangsa ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut beliau, operasi pencarian tersebut membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh bersama Pasukan Penyelamat Di Air...

[Video] Cemas Gajah Buat ‘Roadblock’

Image
[Video] Cemas Gajah Buat ‘Roadblock’.  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158397     Laluan Lebuh Raya Timur Barat terutamanya berdekatan sempadan Perak dan Kelantan iaitu sekitar kawasan Gerik terkenal dengan kehadiran gajah di atas jalan raya. Terbaharu, menerusi hantaran di laman Facebook Haiza Craft, wanita itu berkongsi satu klip video yang memaparkan kehadiran seekor gajah di laluan tersebut. Menurut wanita itu, gajah berkenaan menghalang lalu lintas di kawasan terbabit sehingga kenderaan yang dinaikinya juga terpaksa berpatah balik. Menerusi klip video yang dikongsi wanita itu, kelihatan gajah berkenaan hanya ingin melintas jalan dan tidak menganggu atau merosakkan kenderaan yang berada di sekitar kawasan itu. Susulan kejadian itu, aliran trafik di kawasan itu juga dilaporkan sedikit sesak kereta kenderaan terpaksa berhenti bagi memberi laluan kepada haiwan itu untuk melintas. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi tepat kejadian itu dirakam. S...