Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain


Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

Selanjutnya di: https://pakdin.my/158470

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei lalu meningkat kepada tujuh orang, lapor laman berita Wion News semalam.

Agensi Keselamatan Kesihatan (UKHSA) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti kaitan  antara empat kes jangkitan terbaharu di London itu yang sebelum ini dikatakan tidak mempunyai hubung kait dengan tiga kes lain.

Empat kes baharu itu tiada kaitan dengan aktviti melancong ke negara di mana cacar monyet adalah endemik. Lokasi, cara dan kaitan antara  kes masih dalam siasatan, kata agensi sama.

Penyakit cacar monyet jarang berlaku dan menyerupai jangkitan virus cacar yang telah dihapuskan pada tahun 1980.

Walaupun cacar monyet jauh lebih ringan daripada penyakit cacar dengan pesakit biasanya pulih dalam masa beberapa minggu sahaja, ia masih boleh membawa maut dalam kes tertentu.

Kesemua empat pesakit itu dikenal pasti daripada golongan gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan intim dengan lelaki lain, jelas UKHSA.

“Ini jarang berlaku dan luar biasa.

“UKHSA sedang menyiasat  punca jangkitan ini kerana bukti menunjukkan terdapat penularan virus cacar monyet dalam komuniti yang disebarkan oleh kontak rapat,” kata ketua pegawai kesihatan UKHSA, Susan Hopkins dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata, agensi itu menggesa lelaki gay dan biseksual untuk mengesan sebarang ruam atau luka luar biasa pada badan dan menghubungi perkhidmatan kesihatan seksual tanpa berlengah-lengah. – Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL