Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh
Melaka memasuki fasa transformasi baharu selepas pelantikan Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh. Dengan visi Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035), pentadbiran beliau meletakkan matlamat menjadikan Melaka negeri maju, berdaya saing dan sejahtera berteraskan tadbir urus cekap dan ekonomi bernilai tinggi.
Prestasi ini mendapat pengiktirafan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang memuji pelaksanaan lebih 200 inisiatif pembangunan yang memberi manfaat kepada kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. YAB Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Melaka kerana antara negeri yang mencatat kejayaan membanggakan menarik pelaburan Hi-Tec, Data Center, Artificial Intelligence dan semikonduktor.
1. Teras Dasar: PSMJ 2035 dan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa)
Nadi utama pentadbiran ialah Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035). Pelan ini memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi patuh syariah, industri halal dan pelaburan mampan.
Melalui flagship ekonomi, kerajaan negeri menggariskan 25 inisiatif pembangunan ekonomi holistik melibatkan sektor pembuatan, pelaburan, kewangan, pembangunan Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) dan pembangunan TVET.
2. Reformasi Tadbir Urus: Jimat RM13.5 Juta Setahun
Agenda Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) menjadi game-changer.
Kerajaan negeri Melaka berjaya menjimatkan sebanyak RM13.5 juta setahun melalui agenda RKB, selain mempercepatkan urusan kerajaan dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Antara kejayaan ketara RKB ialah kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersama PBT yang berjaya mengurangkan tempoh urusan pengambilan tanah daripada 36 bulan kepada hanya 6 bulan.
Keberkesanan aduan rakyat juga meningkat - sebanyak 17,393 aduan direkodkan dalam SISPAA pada 2025 dengan 16,039 atau 92 peratus berjaya diselesaikan.
3. Lonjakan Ekonomi dan Pelaburan
Melaka kini disasarkan sebagai destinasi pelaburan pilihan utama dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion memfokuskan 10 sektor industri. Strategi ini termasuk pembangunan hab penerbangan serantau, hab biojisim dan ekosistem Blue Economy.
Kerajaan negeri turut menyokong pelaburan hijau melalui insentif mesra pelabur dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran untuk menjadikan Melaka sebagai 'Green Champion State'.
4. Pelancongan: Nadi Ekonomi Melaka
Sebagai negeri pelancongan, Melaka mencatat pencapaian luar biasa:
2,092 program utama anjuran Kerajaan Negeri dan Persekutuan dilaksanakan sejak 2025 hingga September 2026 merangkumi program kebangsaan, pelancongan, sukan dan kebudayaan.
7 Inisiatif Baharu Pelancongan: termasuk Pakej Bersepadu Pelancongan Melaka yang membolehkan pelancong melawat lima produk utama - Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Muzium Flor de la Mar, Muzium Istana Kesultanan dan Panggung Bangsawan pada satu harga.
Dana Pelancongan Belia RM500,000: Seramai 200 belia berusia 20-35 tahun berpeluang menerima bantuan sehingga RM10,000 seorang untuk menceburi keusahawanan pelancongan.
Lebih 7.2 juta pelancong direkodkan sehingga Jun 2025.
5. Pendidikan dan Modal Insan
Prestasi pendidikan Melaka melonjak di bawah pentadbiran beliau:
118 sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Inspirasi pada tahun 2026 berbanding hanya sebuah sekolah pada tahun sebelumnya.
Melaka berjaya mencatatkan sifar sekolah fokus yang memerlukan pemantauan intensif KPM.
Lebih 100 inisiatif khusus untuk pembangunan anak muda digerakkan.
6. Kebajikan dan Sentuhan Rakyat
Dalam tempoh setahun pertama, kerajaan negeri merealisasikan 60 Inisiatif Sentuhan Rakyat, meningkat kepada lebih 90 inisiatif dalam tempoh dua tahun dan kini melebihi 200 inisiatif secara keseluruhan. Ini termasuk Bantuan Kewangan, Dana Halal, Rumah Peduli dan insentif pesara.

Comments
Post a Comment