Kem badminton negara gagal sumbang emas di Kemboja


Kem badminton negara gagal sumbang emas di Kemboja

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164665

PHNOM PENH  -- Kem badminton negara gagal mencapai sasaran satu emas pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 selepas wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran, Yap Roy King-Cheng Su Yin, tewas kepada pasangan Indonesia dalam aksi final, di sini, hari ini.

Gandingan negara yang baru dibentuk beberapa hari lalu terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas akur dengan kebangkitan pasangan nombor 10 dunia, Rehan Naufaul Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati.

Bagaimanapun,  Roy King-Su Yun bermula dengan langkah kanan dengan kemenangan tipis 22-20 pada set pertama tetapi gagal mengekalkan momentum pada set berikut dengan beberapa siri kesilapan sebelum pasangan Indonesia itu menheret perlawanan ke set rubber set dengan keputusan 8-21.

Pada set penentuan aksi di Dewan Badminton Morodok Techo, di sini, Roy King-Su Yin mendahului 13-11 pada satu ketika sebelum Indonesia berjaya merampas pingat emas dengan keputusan 21-16.

Malaysia menjadi penyandang pemenang pingat emas acara tersebut yang dimenangi  Cheng Tang Jie-Peck Yen Wei pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam.

VIDEO berkaitan

https://youtu.be/ZrfWzitfw6I

Skuad negara menoktahkan persembahan hambar di Kemboja dengan menyumbang dua pingat perak menerusi Roy King-Su Yin dan berpasukan lelaki dan empat pingat gangsa oleh perseorangan lelaki - Leong Jun Hao dan Lee Shun Yang serta beregu wanita Su Yin-Cheng Su Hui dan Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan.

Kali terakhir Malaysia gagal meraih emas adalah pada edisi 2011 di Jakarta-Palembang, Indonesia, di mana mereka hanya memenangi satu perak menerusi acara berpasukan lelaki dan dua gangsa daripada acara berpasukan wanita dan beregu lelaki, Goh V Shem-Lim Khim Wah.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma