Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia


Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166977

Tiga pasangan Malaysia termasuk beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton  Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark, hari ini.

Pearly-Thinaah, yang menerima bye pada pusingan pembukaan, mengatasi gandingan Scotland, Julie Macpherson-Ciara Torrance 21-15, 21-10 pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Royal Arena.

Beregu pilihan ke-10 itu akan menentang beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara selepas pilihan keempat itu mengatasi wakil  Austria,  Serena Au Yeong-Katharina Hochmeir  21-11, 21-5.

Sementara itu, hasrat satu lagi pasangan negara, Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing untuk layak ke pusingan seterusnya disekat oleh pilihan kelapan dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai selepas tewas 13-21, 11-21.

Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya apabila mengambil masa 36 minit untuk menumpaskan Lee Chun Hei-Ng Tsz Yau dari  Hong Kong 21-19, 21-9.

Beregu pilihan ke-14 itu bakal berdepan pilihan ketujuh, Thom Gicquel-Delphine Delrue seterusnya selepas pasangan Perancis itu menumpaskan Marcus Ellis-Lauren Smith dari England, 21-18, 21-13.

Bagaimanapun, kempen beregu profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berakhir apabila mereka dihantar pulang ke tanah air oleh Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand dengan keputusan 15-21, 18-21.

Beregu profesional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berhempas pulas sebelum menang dalam set penentuan menentang pasangan bukan pilihan Thailand, Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-Nga 21-16, 18-21, 21-12 .

Yew Sin-Ee Yi, pilihan ketujuh, akan akan membuat perhitungan slot suku akhir menentang pemenang perlawanan pusingan kedua antara wakil tuan rumah, Kim Astrup-Anders Rasmussen atau Alexander Dunn-Adam Hall dari Scotland.


Comments

Popular posts from this blog

DUA MAUT NAHAS 14 KENDERAAN DEKAT LEMBAH BERINGIN

CINA MENGGUNAKAN UNDI MEREKA UNTUK MENGAJAR DAP PENGAJARAN

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri