Pembantu klinik haiwan didakwa rogol bekas kekasih


Pembantu klinik haiwan didakwa rogol bekas kekasih

[Sumber: https://pakdin.my/?p=154750]

KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik haiwan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dakwaan merogol bekas kekasih bawah umur pada tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Farit Mohd Noor, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang gadis berusia 16 tahun 11 bulan di sebuah rumah kosong di Bachok pada jam 2 petang September 2015.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Ahmad Fariz menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan keluarganya.

Tertuduh pula dalam rayuannya memohon supaya mahkamah mengurangkan jaminan terhadapnya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa.

Kes ditetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL