[VIDEO] 6 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah dijilat api


[VIDEO] 6 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah dijilat api

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163972

BERA – Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Taman Kerayong Makmur, di sini musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Suhairul Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 1.10 tengah hari itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.10 tengah hari dan seramai 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, benar berlaku kebakaran dan dipercayai api bermula daripada bahagian dapur.

“Kemusnahan melibatkan 100 peratus dan tidak membabitkan mangsa,”katanya di sini hari ini.

https://youtu.be/nStYHxQa0vM

Menurutnya, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 35 minit dan pemantauan masih dilakukan.

Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL