Hina agama: Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara 2 tahun


Hina agama: Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara 2 tahun

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168127 -

JAKARTA, INDONESIA -- Defendan kes makan daging babi sambil membaca bismillah, Lina Mukherjee, dijatuhi hukuman penjara 2 tahun oleh panel hakim di Mahkamah Daerah Kelas I Palembang, Sumatera Selatan.

Selain itu, defendan yang nama sebenarnya Lina Lutfiawati turut didenda IDR 250 juta atau penjara 3 bulan sekiranya gagal membayar denfa tersebut.

“Membicarakan dan menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun kepada defendan Lina Lutfiawati alias Lina Mukherjee dan denda Rp 250 juta atau 3 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda,” kata hakim membacakan keputusan itu.

Panel Hakim Mahkamah Daerah Kelas I Palembang yang dipengerusikan Romi Sinatra menilai Lina Mukherjee secara sah dan terbukti dengan sengaja dan tanpa hak menyebarkan maklumat bertujuan menimbulkan perasaan benci kepada individu dan kelompok masyarakat tertentu berdasarkan agama.

Keputusan yang diberikan oleh Panel Hakim terhadap Lina Mukherjee adalah sama dengan tuntutan pendakwa raya iaitu 2 tahun penjara, denda IDR 250 juta atau 3 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Selepas mendengar keputusan panel hakim, Lina Mukherjee segera menyatakan akan memikirkan keputusan hakim itu terlebih dahulu. “Saya akan fikirkan, Yang Arif,” kata Lina.

Menurut Lina, dia akan berkoordinasi terlebih dahulu dengan keluarga. Kemungkinan pihaknya akan memfailkan rayuan.

"Saya akan fikirkan keputusan ini selama seminggu. Saya juga tidak terkejut mendengar keputusan itu," kata Lina selepas perbicaraan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma