Gol pelik punca Selangor diratah JDT
Gol pelik punca Selangor diratah JDT
Selanjutnya di: https://pakdin.my/159441
Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam.
Malah pengendali dari Jerman itu menyifatkan agak pelik bagaimana gol pertama itu mampu dihasilkan tatkala memiliki barisan pertahanan mantap serta gawang gol pula dikawal penjaga gol berstatus pemain kebangsaan.
"Gol pertama yang dijaringkan oleh JDT agak pelik dan itu yang saya nilai sendiri manakala gol kedua lawan ternyata kami tidak bernasib baik kerana ia menerusi sepakan percuma dan kedua-dua gol itu membuat pemain saya hilang konsentrasi.
"Ia menjadi sukar buat kami apabila ketinggalan 0-2 dan terpaksa berhempas pulas menyusun kembali rentak permainan namun sekali lagi gol ketiga dijaringkan JDT yang saya anggap agak pelik sehingga menyebabkan moral pemain begitu kecewa.
"Saya tidak menyalahkan penjaga gol (Khairulazhan Khalid) sebaliknya pemain lain yang beraksi juga melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya menyebabkan kami tewas pada perlawanan itu," katanya.
Apa yang dikatakan pengendali dari Jerman itu, seolah-olah membayangkan ada yang tidak kena dengan persembahan Khairulazhan apabila begitu mudah ditewaskan menerusi gol Bergson Da Silva pada awal minit ketiga, disusuli jaringan Fernando Forestieri pada minit ke-25 serta gol Leandro Velazquez di minit ke-35 yang menyaksikan JDT selesa mendahului 3-0 pada aksi babak pertama.
Namun beliau bagaikan mahu menyembunyi perasaan kecewa itu apabila enggan menyalahkan penjaga gol itu dengan menegaskan pemain tengah dan pertahanan juga kurang efektif sehingga mudah buat JDT menambah dua gol lagi pada babak kedua untuk memastikan pasukan itu menang 5-1.
Comments
Post a Comment