PAC persoal pengambialihan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus


PAC persoal pengambialihan aplikasi MySejahtera secara rundingan terus

Sumber: https://pakdin.my/157580 =

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan pengambilalihan aplikasi MySejahtera oleh syarikat baharu daripada KPISoft Malaysia Sdn Bhd, syarikat tempatan yang membangunkannya.

PAC juga menyuarakan kebimbangan sama ada KPISoft telah menjual haknya ke atas aplikasi itu kepada MySJ Sdn Bhd untuk mendapatkan wang dan mengapa kontrak itu diberikan kepada MySJ melalui rundingan terus, memintas protokol perolehan.

“Soalan saya ialah sama ada KPISoft telah menjual semua kepentingannya dalam aplikasi MySejahtera kepada entiti baharu itu,” kata Pengerusi PAC, Wong Kah Woh.

Beliau berkata, pelantikan secara rundingan terus dengan syarikat baharu itu tidak sepatutnya berlaku.

“Jika Kementerian Kesihatan (KKM) mahu menawarkan kontrak kepada entiti baharu, maka kementerian itu perlu mematuhi semua prosedur perolehan, bukannya secara rundingan terus.”

Jika kerajaan mahu membayar untuk aplikasi itu sekarang, katanya, ia boleh menjadi kontrak besar.

KKM dalam maklum balasnya memberi jaminan ia akan melakukan usaha wajar yang diperlukan.

Sebelum ini, aplikasi itu dibangunkan KPISoft secara percuma menerusi tanggungjawab sosial korporat, yang ditamatkan pada 31 Mac tahun lalu.

Pada 26 Nov lalu, Kabinet memberi kelulusan kepada KKM untuk mengadakan rundingan terus dengan MySJ bagi pemindahan sistem aplikasi itu daripada KPISoft.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma