[VIDEO] Cabut lari tapi tertinggal telefon, lelaki santap makanan RM1,000 menggigil apabila disuruh membayar
[VIDEO] Cabut lari tapi tertinggal telefon, lelaki santap makanan RM1,000 menggigil apabila disuruh membayar
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161947
KUCHING, SARAWAK- Seorang lelaki nekad melarikan diri selepas makan hidangan lebih RM1,000 di sebuah restoran masakan Jepun, Icom Square pada Isnin 16 Januari 2023.
Namun, lelaki terbabit kembali semula ke restoran berkenaan kerana tertinggal telefon bimbitnya sekitar jam 11 pagi semalam untuk menuntut semula telefonnya itu.
Selepas insiden itu dan nasihat daripada orang ramai di media sosial, Izakaya Japanese Restaurant di Icom Square menerusi akaun rasmi Facebooknya berkata, pihaknya bertindak mengunci pintu selepas lelaki terbabit masuk ke restoran berkenaan untuk menuntut telefonnya.
"Kami meminta dia membayar bil makanannya yang belum dibayarnya sebelum ini.
"Dia cuba membayar menggunakan kad debit dan terlihat tangannya terketar-ketar ketika menekan nombor pin kad debitnya tetapi gagal.
"Kami juga cuba melakukan pembayaran melalui kaedah 'wave' tetapi juga tidak berjaya," katanya.
Jelasnya, pihaknya juga telah mencuba mengurangkan jumlah bil tersebut dari RM1,000 ke RM750, RM500, RM200 dan RM100.
"Kami kata tidak mengapa, lelaki terbabit diberi semula telefonnya dan dibenarkan pergi.
"Dia kemudian menghulurkan tangan berjabat tangan dengan kami dan kemudian pergi menunggang motosikalnya.
"Ramai yang tanya apa bangsa lelaki tersebut, ia bukan satu keperluan untuk mengetahui bangsanya kerana ia menimbulkan perbalahan sahaja. Kita adalah Sarawakian.
"Kami memilih untuk memaafkan dan kami berharap anda juga melakukan hal yang sama," ujarnya.
Sementara itu, dalam ruangan komen di Facebook mengatakan jika lelaki tersebut mengulangi perkara yang sama di restoran lain dia pasti akan merengkuk dalam penjara.
Comments
Post a Comment