🎦 Penduduk Britain terkejut lihat letupan besar di langit


🎦 Penduduk Britain terkejut lihat letupan besar di langit

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168724/

LONDON – Penduduk di Oxfordshire, Britain terkejut selepas melihat ‘bebola api’ misteri muncul di samping bunyi letupan di langit pada malam semalam (waktu tempatan), lapor akhbar The Sun.

Menurut polis, letupan berlaku disebabkan kilat menyambar sebuah loji sisa buangan di bandar Yarnton. 

Beberapa silinder gas di loji tersebut disambar kilat yang mengakibatkan api dan asap memenuhi langit pada malam semalam.

Polis mengesahkan bahawa tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran di loji itu, namun jalan A40 ditutup selepas kejadian.

Penduduk tempatan juga diarah kekal berada di dalam rumah selain menutup tingkap dan pintu selepas kejadian tersebut.

Polis Thames Valley dalam satu kenyataan berkata: “Pegawai kami berada di lokasi kejadian kebakaran di loji sisa berhampiran Yarnton, Oxfordshire.

“Kilat dipercayai menyambar silinder gas di tapak berkenaan semasa cuaca buruk pada petang tadi (semalam), dan menyebabkan kebakaran besar,” jelas kenyataan itu.

Beberapa pengguna di aplikasi X berkata bahawa langit ‘bercahaya selama dua minit’ sebelum hilang. Sebilangan penduduk turut terputus bekalan elektrik selepas letupan itu.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL