🎦 Dua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentung


🎦 Dua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentung

https://pakdin.my/168378/

JELEBU – Seorang maut, manakala seorang lagi parah apabila dua buah kenderaan termasuk lori jatuh ke lereng bukit kira-kira enam meter dalam kejadian di Bukit Tangga, berhampiran Jeram Toi, di sini, pagi tadi 26 September 2023.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pasukan bomba mendapat maklumat kejadian kira-kira pukul 9.26 pagi tadi membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Proton Persona dan sebuah lori.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, lori tersebut dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Jelebu telah hilang kawalan lalu terbabas semasa menuruni bukit berhampiran Jeram Toi.

“Lori berkenaan kemudiannya melanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut jatuh ke lereng bukit dengan ketinggian kira-kira 20 kaki (enam meter). Akibat perlanggaran tersebut, kereta terbakar 100 peratus.

“Pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahagian kepala di bawa ke Hospital Jelebu dengan ambulan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dikhuatiri seorang pemandu kereta meninggal dunia di dalam kenderaan yang terbakar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan, pemandu kenderaan tersebut berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 12.04 tengah hari.

Susulan kejadian tersebut sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu serta Ampangan diketahui Komander Operasi, Penguasa Bomba (PgB) Yusry Abdullah Sani dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah (KPD) Jelebu, ASP Goh Kay Lun berkata, identiti mangsa kemalangan yang rentung sedang dikenalpasti.

“Pihak polis akan menyemak nombor casis kenderaan yang terbakar tersebut bagi tujuan mengenal pasti pemilik kenderaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa di hantar ke Hospital Jelebu bagi proses bedah siasat.

https://youtu.be/AoXYBCYpsbE

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL