[VIDEO] Lima maut nahas kereta dan lori di Kampar awal pagi ini


[VIDEO] Lima maut nahas kereta dan lori di Kampar awal pagi ini

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164605

KAMPAR: Seorang lagi mangsa kemalangan di kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kampar, Perak meninggal dunia menjadikan angka korban nahas meningkat kepada lima orang mangsa yang maut terdiri daripada ibu bersama empat anaknya.

Nahas berlaku selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang lori muatan tanah dalam kejadian jam 2 pagi tadi 16 Mei 2023.

Kemalangan membabitkan Proton Saga dinaiki lima beranak itu merempuh bahagian belakang lori muatan tanah sebelum terbakar. Kebakaran bonet hadapan kereta itu sempat dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api.

Bagaimanapun empat mangsa, Azriyani Abdul Latif 45 tahun serta tiga anaknya Muhammad Azib Nasaruddin 23 tahun, yang juga pemandu kereta, serta Siti Nur Aminah Nasaruddin 8 tahun dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin 5 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala seorang lagi anak mangsa, Muhammad Fawwaz Nasaruddin 7 tahun, meninggal dunia jam 9 20 pagi tadi ketika menerima rawatan di hospital Tapah.

https://youtu.be/5FbqHAyNKXE

Mayat ibu dan tiga anaknya dihantar ke unit forensik hospital Kampar untuk bedah siasat


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL