Nurul Izzah positif Covid-19



Nurul Izzah positif Covid-19

[Sumber: https://pakdin.my/?p=154545]

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau positif Covid-19 selepas menerima laporan ujian yang dijalankan dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Beliau memaklumkan menjalani kuarantin sejak 6 Feb lalu.

“Saya telah menerima ujian laporan PCR yang menunjukkan saya positif Covid-19.

“Namun, memandangkan kami sudah menjalankan kuarantin kendiri sejak 6 Feb, kami akan meneruskan Home Surveillance Order (HSO) dan melakukan yang terbaik bagi melindungi Safiyah (anak) daripada terkena jangkitan,” katanya di Facebook.

Izzah berkata, walaupun mengalami gejala ringan tetapi beliau dalam keadaan baik.

“Selain daripada simptom ringan biasa (lesu, hidung berair dan sakit otot/sendi), Alhamdulillah kami dalam keadaan baik,” katanya.

Izzah berkata, bagaimanapun Covid-19 ternyata bukanlah situasi yang mudah untuk dilaluinya.

Beliau turut mengimbau memori ketika mengalami demam denggi, walaupun tidak begitu teruk untuk dibandingkan.

“Ternyata, amat penting untuk kita terus dilindungi menerusi vaksinasi. Syukur, kita semua telah berjaya melengkapkan dos vaksinasi dan saya berharap agar semua kita dapat diberikan tahap perlindungan yang sama.

“Kami telah mengemaskini status harian menerusi MySejahtera, termasuk video latihan pernafasan dan penggunaan oksimeter yang betul,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL