[VIDEO] Pembantu Kanan PBT di Terengganu direman lima hari


[VIDEO] Pembantu Kanan PBT di Terengganu direman lima hari

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166691

KUALA TERENGGANU -- Seorang pembantu kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri membenarkan permohonan reman terhadap lelaki berusia lingkungan 50-an bermula hari ini hingga Sabtu.

Perintah reman itu dibenarkan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga bendahari bagi kesatuan di PBT itu disyaki meluluskan pengeluaran dana kebajikan kesatuan kakitangan PBT untuk kegunaan peribadi.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sejak 2017 hingga 2020 melibatkan lebih 30 transaksi dengan nilai wang mencecah hampir RM200,000. 


Sumber memaklumkan, lelaki berkenaan ditahan kira-kira 12.30 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu, semalam (15 Ogos 2023).

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL